Soalan Lazim yang BIASA Ditanya

Soalan:-
Apakah jenis potongan kain yang digunakan
untuk jubah? Adakah kain jubah jarang? Ikut bentuk
badan tak? Ada zip atau tidak di belakang jubah?

Jawapan:-
Kebanyakan jubah mempunyai potongan
yang lurus (straight cut) seperti jubah dari Qatar, namun ada juga jubah yang mempunyai A cut. 

Jubah kebanyakannya tidak jarang. Namun, jika warna
jubah adalah putih atau terlalu lembut (light colored jubah) biasanya akan jarang dan pelanggan dinasihati untuk memakai inner.
Jubah yang menggunakan kain lycra mungkin mengikut bentuk badan terutama sekali untuk individu yang berbadan gempal.
Jubah lazimnya tidak berzip di belakang. Namun ada
beberapa style jubah yang mempunyai zip di belakang.

Soalan
: Kenapa ukuran lain2x walaupun saiz sama?
Jawapan
: Kami beli daripada beberapa pembekal.
Setiap pembekal mempunyai ukuran saiz yang tersendiri. Sebelum membeli sila rujuk ukuran saiz terperinci yang sudah dipaparkan untuk setiap produk.

Soalan
: Saya kurang faham kenyataan ini "Please allow
+-0.5 inch difference.' Adakah maksudnya ukuran dalam katalog lebih besar 0.5 inci? Contohnya kalau ukuran bahu saya 15inci, jadi saya sesuai untuk jubah saiz 14.5 atau 15.5?
Jawapan
: Ukuran utk setiap jubah kami sendiri ukur
satu per satu. Perlu ambil faktor yang mungkin ada +-
0.5 inci perbezaan dalam ukuran jubah yang sebenar.
Walaupun 0.5inci tidak banyak bezanya, kami cadangkan yg anda memilih jubah yang berukuran tidak kurang dari saiz anda.


Soalan
: Saiz 54, 56, 58 dan 60 bersamaan dengan apa?
Jawapan
: Saiz 50 & Saiz 52 = saiz S, 
Saiz 54 = saiz M,
Saiz 56 = Saiz L, 
Saiz 58 = saiz XL, 
Saiz 60 = saiz XXL.

No comments:

Post a Comment